BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 21, 2010

gadjet idaman DSLR nikonD60 dan D3100



(ni aku guna D6o membe aku..kualiti gambar bleh thn jgk..cntik gmbr)


(ni model d3100..model ni terbaru dan kualiti gambar fokus lebih soft dan gegarannya tahan sikit..)



aku sebenarnya suka sgt fotografi..setiap perkara mesti aku snap pic..memang kaki gambar la..aku sekarang ada kamera digital biasa je..aku teringin sangat nak memiliki kamera DSLR jenis nikon..aku suka gambar outdoor..suka sangat..harganya mahal la bagi aku yang bergelar student ni..belum mampu lagi nak beli..tunggu la aku keja tahun depan..aku dah survey nak beli model terbaru nikon D3100..harganya dalam rm2110...ataupun jenis model D60 yang harganya dalam rm2200..sebab tahun depan dah keja,mesti banyak travel..haizz..indahnya impian ni kalau tercapai...kawan-kawan satu course banyak yang dah ada..bukan apa,kualiti gambar memang cantik dan aku suka snap pic yang unik..terutama sunset..insyallah,satu hari nanti Allah s.w.t akan makbulkan hajat aku ni..lepas graduate,aku nak ikut kursus fotografi la..

mengidam nasi ganja ipoh..................




dulu aku taktau pun ada nasi ganja kat ipoh..walaupun ramai kenalan kat ipoh sana..pastu satu hari lepas study kat library,aku tengok la majalah LIBUR..dalam tu cita percutian bajet kat ipoh..aku selalu pegi ipoh pun tak pernah tau..ada satu kedai nasi kandar yang ddi gelar nasi ganja sebab sapa makan gerenti ketagih nak rasa lagi..aku plak peminat nasi kandar ni..yang aku tau istimewanya ayam masak merah dengan sambal kelapa dia.teringin sangat nak makan..sampai sekarang belum ada rezeki lagi..sape la insan bertuah nak bawa aku pegi ek???hehe..apa yang aku tau,kedai ni dia bertenggek dalam kedai kopi cina yong suan and lokasi terletak di jalan yong kalsom..jom la kita pakat pi..hehe

Saturday, November 20, 2010

cara nak buat pes tomyam siam


selalunya org nak masak tomyam siam ni,orang akan beli siap kat kedai balik mai masak jer..tp aku suka wat sendiri pes dia sebab ya la,kalau anak orang siam ni,kalau tak pandai masak makanan thai,malu la...resipi ni turun temurun dari family mama aku di satun thailand..ni tomyam yang pure punya..aku publish kat sini sebab ramai sgt membe tanya nak masak tomyam siam..tapi ni aku ajar untuk wat pes saja la sebab tomyam nak masak macam biasa..

untuk pes tomyam:

10 tangkai cili padi merah kering(susah nak dapat)-optional cili padi merah 15 tangkai
1 btg bunga kantan
4 btg serai
lengkuas
halia
daun kesum
bawang merah dlm 5 biji
bawang putih 5 ulas
daun sup

semua bahan-bahan tu dikisar halus dan nak masak tomyam,jgn guna air limau nipis je,masukkan guna asam keping dan masak tomyam seperti biasa...

aku nak cerita sikit tentang kenapa orang thai ni kulit cantik sebab makanan thai semua berasaskan sup dan pedas..contohnya tomyam siam ni,orang thai guna untuk sembuhkan demam dan selsema..lepas masak,kan dalam tomyam tu kita masukkan macam-macam herba,makan panas-panas dan insyallah,badan kita akan berpeluh..ni mempercepatkan proses penyembuhan demam..sesape yang nak berdiet memang patut makan tomyam ni..cepatkan proses pembakaran lemak..

Tuesday, November 16, 2010

minggu pertama dalam dewan mahkamah




aku ingatkan kat mahkamah syariah kes tak bayak..rupanya banyak kes..statistik di kulim kes jenyah [aling banyak poligami tanpa kebenaran dengan khalwat..kes mal plak notis pengesahan penceraian,permohonan fasakh,sijil faraid dan cerai takliq..setiap kali prosding,aku kena masuk dalam mahkamah la..memang best..walaupun aku tak kahwin lagi,tapi sedikit sebanyak ilmu syariah yang aku be;ajar ni berguna jugak untuk masa depan nanti..walaupun hakikatnya major aku undang-undang sivil,bukan syariah..jadi,ada la pengalaman sikit di mahkamah sivil dan juga mahkamah syariah..lepastu staff mahkamah syariah kulim ni memang semua baik2..hari kedua aku ada maskkan sejenis kuih kat semua..paling best,hakim mahkamah yang tak lokek bagi ilmu dan nasihat...ni baru mingge pertama sebab besok cuti hari raya aidil adha..minggu depan hari ahad plak la baru ada prosiding baru..selain tu juga aku dah mula belajar cara nak daftarka kes yang di buat oleh pelangaan iautu pihak yang bertikai....next entry aku akan critekan sedikit tentang prosedur dalam mahkamah syariah....ni gmbr sebenar dewan mahkamahdi mahkamah syariah..gambar aku time perbicaraan kes x bleh snap sebab masa prosiding x bley amik gambar..so,tmpt yg tgi tu,hakim yg dok..saksi tu untuk saksi dan pembawa tuntutan untuk disoal siasat oleh peguam dan hakim..yang byk kerusi tu untuk orang awam..yg ada kerusi dgn meja tu tempat aku untuk dengar kes dan catatkan..yang kerusi depan tempat duduk hakim tempat jurubahasa tau pegawai syarie dan jadang-kadang aku duduk di sebelah dia..orang yang kena tuduh,yang membawa tindakan akan bagi keterangan di hadapan kami semua.....

Sunday, November 14, 2010

adik-adik aku punya blueberry cheesetart




~ni aku yang buat,mula je rajin,lama tnga ilang suda~


ari ni aku p praktikal..rupanya isnin baru masuk court..so,ari ni rehat la.ari pertama,mummy and daddy yg pegi antaq..aku cuak sikit la..sebab tak biasa dgn mahkamah kat kedah..so,pagi tu ajak ayah aku p makan nasi campur dulu yang dah lama bertapak ka kulim..pastu dapat idea ajak ayah p kedai jual barang-barang buat kek..cadang nak beli edible image untuk cupcake..tapi stok xde la plak..aku sekarang dah boleh buat cupcake sikit-sikit..maksud aku deko cupcake..so,bahan byk xde,beli je la cream cheese..ayah aku suka sangat bluueberry cheesetart ni..sejak aku buat dulu..siap bagi dekat membe dia lagi..so,ari ni aku buat la..tapi aku ubah suai sikit filing dia bagi lagi ummph..tambah whipping cream dgn perahan lemon..aku ada acuan tart 1 dozen je..so,lambat la..jenuh la nak tunggu..adik-adik aku ofer nak tolong..haha..sweet pastry ada yg jadi tebal..lantak la labu..janji boleh makan..sebab doh dan filing aku dah buat..macam-macam corak filing(blueberry) diorang buat..masa tu energy aku dah down sangat dah...

Saturday, November 13, 2010

selamat bertunang faizal dan rose



ni kisah jiran aku..depan rumah..sedara sebelah ayah aku..aku panggil diorang mak teh...rapat jugak aku dengan makteh..makteh ni kreatif orangnya..selalu amik tempahan hantaran dengan pelamin..(aku nanti dah booking da)..so,anak kesayangan makteh dah selamat bertunang pada 5/11/2010 hari tu..dengan pilihan hatinya,rose..cantik rose ni..kacukan melayu cina..amoi la kiranya ni..kenduri bulan 6 nanti..aku ada buatkan sejenis hantaran bagi sebab ikut perancangan,kaklong aku(kakak aku yang sulung) akan kahwin jugak bulan 5 nanti..so,sama-sama la tolong menolong..sebab nak tunggu aku kahwin ntah tahun bila..haha...hantaran hari tu banyak jugak,tema warna emas sebelah boy,warna hitam putih sebelah gurl..cantik-cantik semuanya..SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE JINJANG PELAMIN..

mi bandung..............


rasanya dulu aku pernah masukkan entry ni..tapi tuh la,aku da reformat bLIK blog aku ni..ya la,sebab nak hidup serba baru...haha...ayat tak bley blaa je kan..mi bandung ni aku belajar dari mak kawan aku...orang jawa klang,selangor...macam-macam cara orang nak masak mi bandung ni..ada yg guna pes,ada yg guna perencah serbuk dan macam-macam style lah..tapi aku,pes semua buat sendri...

bahan untuk kuah:

daging ayam direbus dan air disimpan untuk buat stok..
daging dan udang(jika suka)
stok ayam
kacang tanah di kisar halus
cili kisar atau cili boh
sos tomato
sos tiram
sos cili
sayur sawi
telur
garam
gula
mi kuning
tauge untuk hiasan

cara nak masak ni simple jer....tumis cili kisar sampai garing,masukkan stok ayam tadi and then sos xili,tomato dan tiram..biar sampai mendidih,masukkan kacang tanah yang dikisar adi,masukkan daging,udang dan ayam..pecahkan telur dan akhir sekali masukkan sawi..
lepastu sedia dihidangkan dengan mi kuning..

Friday, November 12, 2010

ahad....bermulanya praktikal...mahkamah syariah kulim..


aku sebenarnya tak nak praktikal mahkamah syariah ni..sebab bidang aku belajar more to sivil,bukan syariah..tapi prosedur senang sikit nak LI kat mahkamah syariah ni..asalnya nak LI kat IP polis kulim..lasak dan mencabar..tangkap penjenayah,serbuan di bahagian penguatkuasaan..tapi ayah aku risau la..so,z jadi..mahkamah lagi mencabar..mnurut pensyarah aku,atau mentor aku,bekas peguam syarie,bebanan kerja kat mahkamah tinggi sangat..terutama berdepan kes
antara kerja yang aku kena buat
1.tengok afidavit,penyata tuntutan,sulh,kes khalwat,kes jenayah,kes mal dan bayak lagi la..
2.semak balik kes-kes yang dAH diputuskan
3.masa dalam mahkamah aku yang sebutkan kes
4.tengok kes pertikaian antara plaintif(pihak yg bw tuntutan) dan defendan(pihak yang dikenakan tuntutan) untuk kes mal
5..tengok kes OKT(orang kena tuduh) dan pendakwa(pihak pendakwaan) untuk kes jenyah
6.semak balik akta dan enakmen negeri kedah

nasib baik sekarang pleeding dan prosiding dalam syarie court dah sama dengan sivil court..baru rasa lega..
aku harap segalanya berjalan lancar nanti..tempoh masa untuk praktikal 6 minggu saja..sebab course undang-undang nanti akan ada 'chambering' bila degree nanti dan prkatikal ni pun juz untuk report amali nanti,tak sama macam course lain yang praktikal makan masa sampai 6 bulan ataupun 1 semester......

rahsia kecantikan ..............



dulu kulit aku ni berjerawat..sebab ada lahan..sekarang alhamdulillah..berjaya di atasi..hasil gabungan teknologi moden dan tradisional..kredit to NORA CD SHADIRA BAUTY CENTRE,iaitu puan nora sebab dah tolong selesaikan masalah aku ni..nora cd salun ni stokis terbesar dan sah shadira kosmetik di melaka..lepastu aku guna petua orang dulu iaitu untuk hilangkan jerawat,aku tubuk sedikit beras dan bancuh dengan air asam jawa..buat macam masker dan pakai tiap malam sebelum pakai krim malam..dalm 45 minit macam tuh la..lepas tu untuk pagi pulak,sebelum pegi class atau keja,gosokkan tomato ke seluruh muka dan biar 10 minit..dah sebulan aku amalkan..alhamdulilah nampak kesannya...untuk turunkan berat badan,rajin-rajin minum air putih dicampur dengan limau nipis..amalkan setiap pagi....insyallah...

tart telur dan blueberry cheese tart...........



aku ni mmg peminat setia cheese ni..kalau pegi secret resipi mesti beli oreo cheese..pg jusco melaka,mesti beli kek promososi yang se[enuhnya cheese..mkn burger pun metsi extra cheese..pendek kata memang semua cheese la..so,aku amik resipi kaknisha...try le buat blueberry cheesetart..jadi la plak..laris jualan..hehe..simpan dalam fridge,tengok2 dah kosong..pastu ada request dari sabah nak rasa tart telur,so aku pun buat la tart telur..tapi tak berapa sedap sebab dah lama x buat,,,minta maaf ya bah orang di sabah nun...nak bagi cheesetart,saudari di sabah tak nak..pasni nak buat kek blueberry cheesecake plak..duduk melaka berat turun mendadak,balik kedah ni..macam nak naik je..x abis2 kek,puding and tart...

Friday, November 5, 2010

di buli rayyan...................


adik aku ni dah besar...dah cerdik pun...aduhai...aku la yang jadi mangsa sebab dari kecik lagi aku manjakan dia........aku nak masak pun dia nak ikut...dgn mama dia pun tak nak..sekrang merangkak tapi try dah jalan-jalan kot dinding.....pastu lepas tangan jatuh bunyi la...........rayyan oh rayyan...........

Wednesday, November 3, 2010

huru hara nak balik cuti sem


hahaha..memang hura hara..sebab exam last 2/11..tapi aku cadang nak balik naik kete api je..sebab lagi selesa dan selamat..selalunya walaupun musim perayaan aku kol ada je tiket..tetiba,aritu aku kol.tiket untuk balik penang dah abis..nak tak nak..ari selasa 2/11 tu jgk aku kena balik,kalau tak,minggu depan hari isnin la jawabnya baru dapat balik..aku pun pergi lah minta kebenaran felo asrama(asrama kampus aku peraturan ketat sgt mcm asrama penuh)...felo cakap dah malam tak berani nak lepaskan aku..minta kol pegawai hem..pun tak boleh..aku kol ayah aku,suruh cakap ada hal kecemasan di kedah..terus dapat balik..malam tu kenderaan VVIP kolej yang hantar..selalunya naik bas atau van kolej,tapi malam tu aku dapat naik kereta perdana V6 siap dengan nombor plat kerajaan negeri melaka lagi..laju je pakcik tu drive sebab tiket jam 10.45 malam..aku dapat pelep[asan balik jam 9 malam..parent kat kulim pun pening tarikh aku balik ni bertukar..biasala anak yang jauh..kita memang kena sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku...setakat tiket habis,bas kena tipu semua tu lumrah......bas yang selalu aku naik dan terjamin basnya ada,bas mayang sari...dari melaka ke butterworth penang.....paling kelakar,nak pergi ke kete yang akan bawak aku pegi melaka sentral(terminal bas negeri melaka) ada kat post pengawal utama..jauh betul nak jalan dari asrama aku ke sana..ada dua ropmate tlg aku..beg troley aku mungkin dah tak mampu nak tanggung beban barang,roda tercabut sebelah..penuh penyeksaan aku kena angkat...kenangan manis................

Sunday, October 31, 2010

makan-makan di medan ikan bakar terapung kuala sg baru






melaka ni ada tempat istimewa untuk makan ikan bakar..dekat dgn pantai kan..paling popular di kalngan pelancong,terutama dari singapore,kompleks ikan bakar umbai,melaka..tapi yang aku p ni,dekat dgn kampus aku..dalam 5 minit je..baru lagi ni buat..tp xla besar macam umbai..ni p dengan pakcik aku,ari tu aku balik klang,so pakcik ikut datang melaka..jalan-jalan..sebab sejak lepas makcik aku dapat new baby(adam rayyan rizki) tak penah bwk dia jlan jauh lg...ni kira intro la..sebelum bln 12 pakcik nak balik kampung kami kat thailand..jauh tu perjalanan klang-thailand...12 jam dalam keta...baby ni kalau tak besa jalan jauh,nanti mabuk...so,sampai kolej pun dah nak petang..perut masing-masing berkeroncong macam-macam lagu minta isi..so,aku bg suggestion la pegi makan kat tempat baru ni..best..terapung dalam laut ujung pantai..angin kuat je..nyaman rasanya dengan desiran ombak pantai,bila nak maghrib,ada nampak sunset..aku ni kan pecinta fotografi..hehe..cantik snap pic..aritu pakcik pilih ikan jenahak bakar sambal,sotong goreng tepung dengan sup sayur untuk adam mukriz(sepupu aku)...licin suma sebab lapar..tempat ni ada kedai untuk souvenir,ada surau dan tandas..mcm R&R la..tp dalam laut..nampak je bot nelayan balik dari laut....ada banyak pilihan kedai...paling hapy p sana,ank makcik aku...adam mukhriz dgn mia...budak2 ni kalau jumpa aku,memang x ingat ibu diorang..hehe..so,sebelum balik,sempat la aku temankan budak2 tu p men kt playground...ada yg nangis xnak balik...so,lepas maghrib baru pakcik anta aku balik kolej..sebab malam pakcik kena keja,ada kapal masuk....

sehari di IPK MELAKA...........


ni actually program under undang-undang tanah..tapi gabung dengan undang-undang keterangan..lawatan ke ipk ni bertujuan untuk dapatkan penerangan dari ketua polis melaka,tentang pendakwaan dan penagkapan kes jenayah..masa pegi tu sepatutnya dlm tentatif jam 2 ptg..tp kenderaan pihak kolej sediakan jam 9 pg..awal la sampai sana..aku tercari-cari kereta peronda polis yang baru,evo..dan moto berkuasa tinggi..ada pun,sempat jugak snap pic..hehe..best jugak dapat banyak penerangan ttg jenayah dan sesi tawaf ipk...ada bom mortar,bom mcm2 bom la aku tgk..pastu ada sejenis senapang laras..besar tu..ada jugak aku snap pic.......memang best..kiranya ni program terakhir student duss sem5..sem depan dah nak abis blaja..sedih plak rasanya......apa pun,hepy sgt.........

Tuesday, October 12, 2010

seminar rahsia lelaki yang wanita x ketahui

macam best je tajuk seminar tu kan??sebenarnya dah 2 minggu seminar tu buat..lecturer yang famos and ramai peminat kat kuim ni...dia jugak penulis buku..memang best seminar..banyak ilmu tentang CINTA yang kita dapat..sebenarnya memang mudah nak melafakan cinta,tapi nak kekalkan cinta,pengorbanan tu memang sangat dituntut..cinta ni tak semestinya antara gf dan bf,cinta sesama makhluk dan cinta kepada tuhan yang semestinya...kali ni,aku nak kongsikan sikit tentang sikap lelaki yang sebenarnya memang ikhlas nak jadikan kita sebagai suri hidup nanti..ni dari seminar tu sikit dan dari seseorang sikit yang sekarang amat istimewa di hatiku........lelaki ni,kalau memang sayangkan kita,dia akan hormat kita sebagai ibu kepada bakal anak-anak dia nanti..sebagai pelindung kita,tempat untuk kita berbakti dan penentu masa akhirat kita..ya la,semua orang yang bercinta,mesti inginkan perhubungan ke jinjang pelamin..lelaki ni,ada banayak jenis..yang kaki enjoy ni,kalau dari sebelum kita kawin dah menang enjoy,lepas kawin nak berubah,peluang tu tipis..pendek kata,akan makan hati la...kita boleh tengok sifat dia,contohnya dia ada merancang untuuk masa depan bersama,walaupun usia muda dan perancangan tu belum tentu lagi kita akan laksanakan dalam tempoh terdekat ni,tapi sekurang-kurangnya kita dan dia ada merancang untuk sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan..lelaki macam ni sebenarnya yang terbaik untuk dijadikan pasangan..ada pulak lelaki jenis nak bercinta,tapi lebih suka ikut kawan...yang macam ni susah sikit,orang nak ada gf,dia pun nak ada gf,tapi lebih kepada enjoy...(aku bukan antisosial)..boleh nak enjoy,tapi kalau selalu seirng kaliguna alasan,still muda lagi,nak enjoy dulu,maknanya tiada kesungguhan..kalau kita serahkan hati dekat orang macam ni,tak mustahil,satu hari nanti kita akan ditinggalkan macam tu jer...tapi yang paling penting pesanan penceramah tu,kena la pandai jaga maruah diri kita..tiada boy dalam dunia ni akan terima kita kalau maruah kita ni tercemar meskipun dia sendiri yang mencemarinya..ni pesanan untuk semua dan semestinya untuk diri aku sendiri..cuma bagi pandangan peribadi aku plak,aku nak seseorang yang mampu membimbing aku,mampu tegur aku dan didik aku ke jalan yang benar..cukup sabar dan matang nak buat keputusan dan jelas kematangannya tu meskipun kita tak nampak di depan mata...